Thursday, January 15, 2009

decoration

Semakin ramai remaja berminat menjadi Pereka Bentuk Dalaman (Interior Designer/Interior Architect).
Syarat yang perlu ada pada seseorang sebelum memilih jurusan reka bentuk dalaman atau apa sahaja bidang sebenarnya.
1. Paling penting ialah minat. Hanya dengan minat, seseorang lebih mudah untuk berusaha mencapai citacitanya. Kebanyakan yang menyukai bidang ini gemarkan nilai keindahan.
2. Reka bentuk dalaman adalah satu bidang yang menarik, baik dari segi rupa estetik mahupun teknologi terkini. Jadi, kebolehan melukis seni visual adalah penting. Kursus reka bentuk dalaman merangkumi kerja melukis, iaitu lukisan tangan bebas, lukisan teknikal, seni bina dan lukisan komputer. Semua ini diajar di dalam kelas. Pemohon harus sedar bahawa jumlah pereka bentuk dalaman tidak ramai, jadi skop kerja adalah luas.



Apabila mengendalikan sesuatu projek, pereka bentuk dalaman perlu memahami binaan asas dan struktur bangunan. Seterusnya mengetahui keperluan pelanggan dan badan atau majlis yang mengawal. Keselamatan perlu dipastikan dari segi kegunaan, kestabilan dan perkara lain yang berkaitan. Pelajari ILMU buat website walaupun anda masih tiada mempunyai sebarang perniagaan kerana ianya PERCUMA CikgudeeCorner.com

No comments: